Satu kejohanan Ping Pong Shahbandar telah diadakan pada 22 Oktober 2023 yang bertempat di Dewan Shahbandar. Kejohanan Ping Pong tersebut telah dianjurkan bersama oleh Persatuan komuniti Shahbandar, Ahli Majlis MBSP, KRT Shahbandar dan juga Surau Al Husna.

Kejohanan tersebut telah disertai oleh 14 regu. Pertandingan dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Pertandingan berlangsung meriah dengan regu underdog Norafandy (Lorong Shahbandar 41) dan Alimie (Lorong Shahbandar 25) telah berjaya merangkul juara, manakala tempat kedua pula disandang oleh regu Suhaimi dan Jan daripada Lorong Shahbandar 16. Tempat ketiga pula, berjaya diduduki oleh regu Aziz dan Asri dari Jalan Shahbandar.

Restoran Thaiyyub Nasi Kandar telah berbesar hati untuk menaja hadiah hamper kepada pemenang.

Hidup Sihat, Komuniti Cergas!

Similar Posts